Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga berada dalam keadaan sihat walafiat.
Baiklah, entry kali ini saya ingin membicarakan berkaitan dengan soal kewangan.
Saya mahu anda semua kunci duit anda!!! Tentu pelik bunyinya bukan? Hehe;-)
Sekiranya anda ada 'kunci' yang bagus, keadaan kewangan anda pasti 'sihat'. 'Kunci' terbaik ialah Jangan Tambah Hutang! Langsaikan dulu hutang sekarang jika boleh dan jangan tambah hutang Bashier. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang. Jangan mudah terpedaya dengan skim belian ansuran, kemudahan kad kredit dan sebagainya. Beli hanya yang perlu, tangguhkan atau batalkan pembelian yang bersifat 'kehendak' dan bukan 'keperluan'. Penulis berharap agar anda dapat mempraktikkan tips ini walaupun ianya nampak mudah namun susah untuk diaplikasikan kebanyakan daripada kita.
Formulanya ialah:
Jimat + Alternatif = Kunci duit
Berjimat adalah perkara senang tetapi diabaikan. Bukan bermakna anda mahupun saya kedekut, tetapi berhemah. Contohnya belian ubat gigi, cari semasa harga promosi seperti pembelian 2 percuma 1. Begitu juga dengan barangan lain, cuba cari alternatif yang lebih murah.
Contohnya anda boleh berjimat dalam pembelian Kasut Adidas dengan pembelian di rangkaian al-Ikhsan berbanding di butik Adidas sendiri. Jika saya, saya hanya mencari baju terbabit di Uptown mahupun Downtown yang berdekatan sahaja. Selain itu,anda juga boleh memilih alternatif jenama lain yang lebih murah. Jadi alternatif bukan sahaja aspek 'tempat pembelian' tapi juga 'fungsi/tujuan' dan 'banding harga'. Jika tujuan atau fungsinya sama, mengapa bayar lebih hanya kerana jenama? Ada sesetengah perkara 'jenama' penting, tapi banyak yang tak penting. Contohnya apa perlu jenama untuk pisau cukur, pen, wallet? Untuk fungsi yang biasa, anda boleh berjimat dengan mencari alternatif! Ingatalah wahai sahabatku, jangan pandang remeh tentang 2 perkara penting ini, kerana inilah antara rahsia bagaimana orang kaya kekal kaya! Lakukan sedikit 'survey' sebelum membeli kerana melalui survey tersebut anda mampu menjimatkan wang anda.
Salam Pengguna Bijak:
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi
No comments:
Post a Comment