Rakan-Rakan Followers

Wednesday, February 17, 2010

Kad Yang Saya Miliki


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.
Sekiranya tidak sihat, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor ya.:-)

Baiklah, pada post kali ini saya mahu berkongsi dengan anda berkaitan dengan kad yang saya ada dan saya merasakan kad ini amatlah penting dalam kehidupan saya iaitu:

a)Kad Pengenalan
Kad pengenalan ini merupakan kad yang amat penting kerana ianya menggambarkan sama ada kita ini rakyat malaysia mahupun tidak. Selain itu, ianya banyak memuatkan informasi perbankan saya.

b)Lesen Memandu
Walaupun sepanjang saya memandu di jalan raya saya tidak pernah lagi diperiksa oleh polis mahupun JPJ, saya merasakan ianya amat penting untuk keselesaan ketika memandu. Jika anda belum lagi membuat lesen tersebut, cepat-cepatlah buat lesen memandu ya. Saya hanya ada lesen memandu kereta sahaja, motor masih belum ada lagi:-)

c)Matrik Kad
Ya, matrik kad adalah sangat penting kepada seseorang mahasiswa/i di IPTA/IPTS. Jadi, saya menggunakan kad matrik ini untuk meminjam buku di perpustakaan serta untuk menaiki bas apabila saya malas memandu kereta.

d)Bonuslink Card
Kad ini sekarang ini sangat berjasa kepada saya kerana ianya telah memberikan saya point yang sangat banyak. Saya selalu menggunakannya ketika di stesen minyak ShELl. Sambil mengisi minyak, saya boleh mengumpul mata ganjaran tersebut untuk menebus barangan yang bersesuaian.

e)Kad Touch N Go
Sebenarnya Kad Touch N Go merupakan kad terbaru yang saya miliki. Saya membelinya di Stesen Minyak Petronas di Kota Damansara. Murah sahaja hanya RM10. Jadi, untuk permulaan, saya belikan topup untuk kad tersebut sebanyak RM20. Kad ini akan memudahkan saya untuk digunakan sewaktu melalui tol untuk ke UM sekiranya saya daripada rumah atau pusat tuisyen.

f)Kad Mesra
Kad Mesra ini juga merupakan antara kad baru saya kerana saya memiliki kad ini sebelum saya memiliki kad touch n go. Walaupun saya jarang ke Petronas, namun, mungkin dengan kehadiran kad ini Petronas merupakan opsyen kedua saya untuk berhenti mengisi minyak selepas stesen minyak SHELL.

g)BISNES KAD
Ya, saya memiliki kad bisnes saya sejak saya sem 1 lagi. Kad yang saya tempah di The Mall di PWTC itu sangat menarik dan saya amat berpuas hati dengan design tersebut.

h)Kad Bank
Oops, sebelum terlupa, kad bank juga penting untuk saya mengeluarkan duit daripada bank. Setakat ini, saya mempunyai kad maybank, CIMB, Bank Islam serta Bank Simpanan Nasional(BSN)

Kesimpulannya, itulah beberapa kad yang perlu saya bawa ke mana sahaja. Kad tersebut amatlah penting dan berguna kepada saya. Anda pula bagaimana? Adakah anda juga seperti saya?:-)

Sekian,
Salam KAD:
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

No comments:

Post a Comment