Assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa khabar anda pada hari ini?
Semoga anda menjadi seorang manusia yang mempunyai idea yang luar biasa hebat.
Baiklah, entri pada kali ini penulis akan berkongsi dengan anda 3 teknik untuk mendapatkan idea. Penulis pasti anda pernah menghadapi suatu situasi di mana anda kekeringan idea untuk melakukan sesuatu perkara. Jika ada idea pun, idea tersebut tidak mampu dikembangkan. Inilah masalah yang pernah terjadi kepada kita. Tetapi anda semua tidak perlu khuatir kerana penulis akan membongkarkan 3 teknik yang sering digunakan oleh penulis untuk mendapatkan idea. Tekniknya ialah:
a) Membaca
Ya, jika anda rajin membaca. Anda akan mendapat pelbagai ilmu, pengetahuan dan informasi yang berguna. Hobi penulis juga membaca. Penulis suka membaca apa sahaja bahan bacaan sama ada bahan tersebut adalah fiksyen mahupun non fiksyen. Jika penulis melayari internet, penulis akan membaca email penulis terlebih dahulu. Penulis boleh katakan email penulis merupakan gerbang ilmu kerana penulis mendapat banyak sangat informasi yang berguna. Inilah untungnya menjadi subscriber yang setia. Bukan itu sahaja, penulis juga suka membaca ebook. Di dalam laptop penulis sahaja ada beratus-ratus ebook pelbagai niche. Jika hujung minggu, andai kata penulis free, penulis akan pergi ke kedai buku Popular, MPH dan Borders hanya semata-mata untuk membaca. Disitulah terdapatnya ribuan bahan bacaan yang menyebabkan kita pening untuk memilihnya. Pengajarannya, melalui pembacaan anda akan mendapat pelbagai idea untuk diadaptasikan dalam kehidupan anda.
b) Mendengar radio
Teknik ini merupakan teknik yang baru penulis aplikasikan untuk tahun ini. Maklumlah baru membeli radio. Kebiasaannya, penulis akan mendengar radio ketika dalam perjalanan ke kuliah dan ke kelas tuisyen. Pelbagai ragam dan celoteh dapat kita dengar daripada DJ-DJ radio. Walaupun biasanya kita hanya mendengar lagu, tetapi melalui lagu juga kita akan mendapat idea jika kita menghayati lirik-lirik lagunya. Sambil mencari idea, kita juga boleh menenangkan fikiran ketika memandu. Begitu juga ketika penulis di dalam kolej kediaman, penulis akan pastikan penulis membuka radio untuk mendapatkan berita, maklumat dan idea-idea terkini yang boleh penulis lakukan dalam kehidupan penulis. Pelbagai radio yang anda boleh dengar seperti Era FM, Sinar Fm, Hot Fm dan IKIM Fm. Selamat mendengar radio
Penulis ucapkan. TIdak percaya cubalah
c) Berjalan-jalan
Teknik ini agar pelik kerana anda hanya perlu berjalan-jalan. Begitulah yang penulis lakukan. Biasanya jika penulis berada di fakulti, penulis akan berjalan-jalan ke mana-mana sahaja sambil melihat board-board yang mempunyai informasi yang berguna. Bukan itu sahaja, penulis juga akan menyapa dan bertanya khabar kepada rakan-rakan yang ada di sekeliling penulis untuk bertanyakan khabar dan bersembang-sembang dengan mereka. Jika penulis berada di kolej kediaman pula, penulis akan pergi ke bilik rakan-rakan penulis untuk bersembang. Secara tidak langsung, idea akan datang kepada penulis.
Itulah sahaja 3 teknik yang penulis ingin kongsikan kepada anda semua. Penulis berharap agar perkongsian penulis ini akan memberi 1001 faedah kepada anda semua. Sekiranya teknik tersebut tidak berkesan, penulis meminta maaf kerana teknik-teknik ini hanya penulis yang gunakan. Mungkin lain orang lain caranya.
Salam Idea Daripada Penulis:
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi
No comments:
Post a Comment