Rakan-Rakan Followers

Monday, January 11, 2010

Seminar Kenali Potensi Diri(SKPD) 2010



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga berada dalam keadaan yang hebat sentiasa

Anda apa khabar? Alhamdulillah, keadaan saya sejak akhir-akhir ini bertambah sihat dan ceria. Insyaallah untuk entry kali ini, saya ingin mengajak anda untuk turut serta dalam Seminar Kenali Potensi Diri(SKPD) 2010 ini. Untuk pengetahun anda, tahun ini, mereka akan memberikan 100,000 tiket percuma untuk yuran kursus bernilai RM 497. Anda cuba perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 50 sahaja.

Mengenai SKPD

Seminar Kenali Potensi Diri (SKPD) adalah program pembangunan diri sehari bersama perunding potensi diri terkenal iaitu Dr.Azizan Osman. Diasaskan oleh Dr.Azizan Osman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Resources bagi membantu lebih ramai lagi individu mengenali potensi kekuatan dan kelemahan diri melalui kajian tarikh lahir.

Program pertama SKPD adalah pada bulan Julai dan Ogos 2009 sempena ulangtahun pertama Richworks Resources.10,000 tiket percuma telah diedarkan dan telah habis dalam tempoh 2 minggu pertama menyebabkan penganjur terpaksa memberikan tiket-tiket tambahan.

Program ini telah disertai oleh lebih 16,000 peserta di beberapa lokasi yang berbeza di semenanjung Malaysia.Program ini telah membuka minda peserta untuk membuat "SWOT Analysis", membuat anjakan minda serta berfikiran dan bertindak secara positif di dalam setiap aspek kehidupan ke arah menggunakan potensi diri secara maksima. Program ini akan memberikan halatuju serta panduan untuk mencapai kebahagian, kejayaan serta kekayaan di dalam kehidupan.

Berikut, merupakan jadual untuk program SKPD 2010 ini:

Jadual Program SKPD 2010

TarikhLokasi
30 Januari 2010W.P. Kuala Lumpur
31 Januari 2010Johor
19 Februari 2010Alor Setar, Kedah
20 Februari 2010Pulau Pinang
21 Februari 2010Ipoh, Perak
27 Februari 2010Kuantan, Pahang
28 Februari 2010
Melaka
14 Mac 2010
Alor Setar, Kedah


No comments:

Post a Comment