Rakan-Rakan Followers

Monday, August 16, 2010

Sedikit Coretan Berkaitan CDN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Baiklah, pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan dengan pengalaman saya mengurus salah satu program Persatuan Mahasiswa Kelantan UM iaitu Citarasa Darul Naim.

Berikut, merupakan butiran berkaitan dengan program ini:
Tarikh: 2 hingga 7 Ogos 2010
Masa: 8pagi hingga 11.30 malam
Tempat: Gerai Nombor 16, Tapak Konvo
Menu Utama: Nasi Kerabu
Menu Sampingan: Masakan Panas
Minuman Special: Bandung Arab, Jagung Dangdut
Minuman Lain: Jus Buah-Buahan, Minuman Panas dan Sejuk

Buat julung kalinya, Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM 2010) menampilkan konsep foodcourt untuk gerai makanan dan minuman. Jadi, mahu tidak mahu, PMKUM beserta dengan persatuan yang lain seperti PMIUM, Permadah, Pemarak serta kolej-kolej kediaman perlu menerima konsep foodcourt ini dengan hati yang terbuka.

Ok, itu serba sedikit berkaitan dengan konsep gerai FESKUM 2010. Seterusnya, untuk CDN kali ini saya telah memecahkan unit makanan dan minuman menjadi 2 unit yang berbeza. Jika dahulu unit makanan dan minuman dalam satu unit. Untuk CDN kali ini, unit makanan dan unit minuman dipecahkan kepada dua dan kedua-dua unit tersebut mempunyai 2 orang ketua yang berbeza. Ini bagi memudahkan gerak kerja masing-masing.

Untuk unit makanan pula, ianya terbahagi kepada dua iaitu unit masakan nasi kerabu dan unit masakan panas. Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan 3 orang chef/ tukang masak yang berpengalaman dari unit masakan nasi kerabu dan 3 orang lagi dari unit masakan panas menjadikan keseluruhannya 6 orang tukang masak daripada unit makanan sahaja.

Untuk pengetahuan semua, tukang masak tersebut bukanlah tukang masak sembarangan. Sebaliknya, tukang masak yang betul-betul berpengalaman dan boleh dikatakan mahir dalam bidang masing-masing. Mereka telah terlibat beberapa kali untuk CDN yang lepas. Jika dahulu, kami mengupah tukang masak daripada luar, kini semua keenam-enam tukang masak tersebut adalah gabungan ahli-ahli PMKUM dan mantan-mantan yang lepas. Ini merupakan satu strategi yang baik untuk mengurangkan kos mengupah tukang masak daripada luar.

Ok, cukup untuk unit makanan, seterusnya kita pergi pula kepada unit minuman. Untuk unit minuman, kami telah mengekalkan minuman special kami iaitu Bandung Arab dan Jagung Dangdut dan dua minuman ini menjadi daya tarikan yang kuat untuk orang lain datang ke gerai kami. Dari segi tenaga kerja pula, terdapat beberapa orang yang boleh diharapkan untuk membuat air. Saya juga mendapati persaingan untuk jus buah-buahan dan minuman panas yang lain sangat kurang jika hendak dibandingkan dengan gerai-gerai yang lain. Ini juga merupakan satu kelebihan kepada kami.

Seterusnya, kita beralih pula kepada unit peralatan. Untuk peralatan pula seperti khemah tambahan, pinggan mangkuk, meja, dapur, periuk nasi elektrik dan gas semuanya dipinjam sama ada daripada kenalan rapat PMKUM mahupun daripada masjid. Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan kesemua barang yang kami perlukan sehari sebelum CDN berlangsung. Ini juga merupakan satu strategi yang baik kerana sebelum ini untuk CDN yang lepas, saya dikhabarkan kita menyewa dan bukannya meminjam. Tetapi kali ini, semua peralatan dipinjam. Walaubagaimanapun, kami juga ada memberi sedikit sumbangan kepada pihak yang memberi kami peluang untuk meminjam peralatan. :-)

Baiklah, kita beralih kepada unit publisiti. Untuk publisiti, kami telah menggunakan kedua-dua medium iaitu medium online dan juga offline. Hal ini menyebabkan kedatangan pengunjung ke gerai CDN PMKUM agak memuaskan. Seperti biasa, facebook merupakan cara paling berkesan bagi kami untuk mewar-warkan segala gerak kerja kami dan segala maklumat berkaitan dengan CDN. Anda boleh melihatnya di sini: http://www.facebook.com/CDN2010 . Selain itu, facebook PMKUM, YM serta blog juga menyumbang kepada kejayaan CDN pada kali ini. Tidak lupa juga banner, bunting, poster dan handbill juga menjadi sumber pemasaran kami pada kali ini. Boleh dikatakan gabungan pemasaran online dan offline ini membuatkan fenomena nasi kerabu menjadi antara fenomena paling menyerlah untuk CDN dan Feskum kali ini.

Disamping itu, unit protokol juga memainkan peranan yang penting terutamanya dari segi susun atur gerai tersebut. Walaupun menggunakan konsep foodcourt, namun kami juga telah menyediakan inisiatif lain iaitu dengan menyediakan sendiri meja di dalam gerai kami. Keadaan ini menyebabkan lebih ramai pengunjung datang ke gerai kami kerana mereka merasakan lebih selesa berada di gerai jika dibandingkan dengan duduk di foodcourt. Susun atur kaunter bayaran, tempat makanan diletakkan serta meja makan semuanya disusun dan dirancang dengan baik oleh unit ini.

Ada dua lagi unit yang penting untuk CDN kali ini iaitu unit pengangkutan serta unit tugas-tugas khas. Untuk pengangkutan, kami telah berjaya mendapatkan van dengan kadar bayaran yang lebih murah jika hendak dibandingkan dengan kadar sewa van sebelum ini. Saya boleh katakan kadar van tersebut lebih murah jika hendak dibandingkan dengan menyewa kereta kancil. Ini strategi kami seterusnya apabila ada di antara saudara kepada exco PMKUM sendiri yang sudi untuk memberi peluang kepada kami untuk menyewa van tersebut dengan kadar yang sangat-sangat berpatutan. Unit pengangkutan juga memainkan peranan yang sangat penting terutamanya ketika membawa dan menghantar adik-adik PMKUM a.k.a tenaga kerja PMKUM.

Selain itu, unit pengangkutan juga memainkan peranan penting untuk membeli bahan-bahan mentah. Mereka bekerjasama rapat dengan unit tugas-tugas khas. Biasanya sekiranya barang kehabisan, unit TTK inilah yang akan berhempas pulas untuk pergi membeli barang-barang untuk memastikan CDN kali ini berjalan dengan lancar. Banyak lagi sebenarnya peranan unit TTK ini bukan setakat pergi beli barang malahan lebih daripada itu. Contohnya, membasuh pinggan, berjaga malam di gerai dan mengutip pinggan mangkuk di foodcourt.

Itu cerita berkaitan dengan unit dalam CDN kali ini. Sekarang saya ingin berkongsi beberapa perkara lagi. Saya ringkaskan dalam bentuk point:

a) Setiap hari pada pukul 11.30 malam post mortem akan dilakukan untuk memastikan bahawa segala kelemahan dapat diperbaiki dan segala kekuatan dapat dikekalkan.

b) Saya juga mewujudkan satu polisi yang perlu diikuti oleh semua tenaga kerja untuk CDN kali ini. Polisi tersebut mempunyai 2 jenis polisi iaitu yang pertama polisi umum dan yang kedua polisi unit.

c) Sempena CDN kali ini, kami mengadakan satu majlis yang mengabungkan 3 program serentak iaitu Program Perasmian CDN, Program Bersama Graduan serta Program Interaksi Darul Naim. Gabungan 3 program ini dinamakan Malam Mesra PMKUM.

d) CDN kali ini juga memperlihatkan gabungan muka baru (ahli baru PMKUM), muka lama( ahli lama PMKUM dan exco-exco) serta mantan-mantan yang lepas. Walaupun masing-masing ada kuliah, tutorial dan sebagainya, tetapi mereka tetap menyumbang kepada kecemerlangan CDN pada kali ini. Mereka tetap datang ke gerai CDN walaupun sebentar untuk menolong apa yang patut.

e) Berkaitan dengan kebajikan ahli, kami menyediakan air percuma untuk setiap ahli yang bertugas. Selain itu, kami juga memberi potongan sebanyak 50% sekiranya ahli mahu membeli makanan di gerai tersebut. Kami juga meraikan semua tenaga kerja CDN pada hari pertama dan pada hari terakhir dengan mengadakan jamuan untuk mereka. Kebajikan ahli menjadi antara fokus saya sempena CDN kali ini.

f) Sebelum CDN berlangsung, kami sebenarnya telah mengadakan satu program dinamakan Iron Chef Nasi Kerabu CDN 2010 di Kelantan. Alhamdulillah, sepanjang Iron Chef Nasi Kerabu CDN 2010 berlangsung, kami tahu macam mana mahu menyediakan nasi kerabu yang betul-betul dinanti-nantikan oleh orang ramai.

g) Ramai yang memuji dan mengatakan nasi kerabu kami ini sangat sedap untuk CDN kali ini. Malahan, kami mendapat ramai return customer yang setiap hari akan singgah ke gerai CDN semata-mata mahu makan nasi kerabu biru CDN 2010. Oh, betapa uniknya nasi kerabu kami. :-)

h) Saya juga menekankan betapa pentingnya setiap tenaga kerja memperbetulkan niat sepanjang CDN berlangsung. Penekanan niat ikhlas kerana Allah menjadikan setiap tenaga kerja tahu dan cakna akan hal ini. Selain itu, kami juga membawa imej kerajaan negeri kami iaitu Kerajaan Negeri Kelantan. Jadi, kami perlu menjaga imej bersih kerajaan negeri tersebut daripada dipertikaikan oleh pihak-pihak lain. Alhamdulillah, semua adik beradik tenaga kerja CDN memahami perkara ini.

Rasanya cukup setakat itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Insyallah jika diberi kesempatan, saya akan berkongsi dengan anda perkara-perkara lain pula berkaitan dengan CDN kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke tahap ini. Terima kasih juga kepada semua ahli-ahli PMKUM, tenaga kerja CDN, exco dan MT PMKUM, Ex-officio, Penasihat serta semua yang terlibat. Syukran Jazilan (^_^)v

Jumpa lagi di post yang akan datang!!

Sekian,
Ahmad Bashier
Pengarah Citarasa Darul Naim 2010
Exco Ekonomi Dan Keusahawanan PMKUM 2010



Friday, August 13, 2010

Jom Buat Duit Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga terus diberi kekuatan oleh Allah untuk berbakti di bumi Allah ini.

Baiklah pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan cara untuk buat duit raya.

Saya tahu ramai orang cakap masih terlalu awal untuk kita buat duit raya sedangkan kita baru masuk pada awal bulan ramadhan. Tetapi rasanya tidak salah untuk saya kongsikan kepada anda perkara baik ini supaya kita sama-sama dapat manfaatnya.

Baiklah, sebenarnya ramai masyarakat di Malaysia ini mahu melakukan bisnes. Tetapi mereka tidak tahu bisnes apa yang sesuai dengan mereka. Pada bulan ramadhan juga merupakan bulan terbaik untuk kita beribadat kepada Allah. Tetapi dalam masa yang sama, bulan Ramadhan inilah peluang bagi mereka yang mempunyai minat berniaga untuk berniaga. Contohnya, ada yang siap buka gerai sempena Bazar Ramadhan. Ini merupakan satu perkara yang baik. Tahniah diucapkan.

Sebenarnya, untuk pengetahuan kita semua. Terdapat terlalu banyak peluang-peluang perniagaan yang boleh kita ceburi tidak kisahlah sama ada dalam bulan ramadhan mahupun dalam bulan lain. Jadi, menyedari ramai lagi masyarakat di Malaysia ini yang minat berniaga tetapi tidak tahu macam-macam perkara berkaitan dengan perniagaan, sahabat saya telah melancarkan satu ebook yang dinamakan Rahsia Buat Duit Raya.

Anda boleh melihatnya di sini:


Dalam ebook ini beliau mendedahkan:

a) 11 idea bisnes mudah beserta dengan maklumat supplier untuk anda hubungi
b) Idea bisnes yang diberikan mempunyai permintaan hampir sepanjang tahun
c) Tiada idea-idea perniagaan “sampah” di dalam ebook ini. DIJAMIN !!!
d) Idea perniagaan tersebut boleh dilakukan oleh hampir sesiapa sahaja tidak kira apa latar belakang anda
e) Ianya sesuai juga jika anda seorang yang pemalu dan tidak mempunyai “muka tebal” bagi melakukan promo
f) Terdapat puluhan panduan teknik promosi yang boleh anda lakukan sama ada secara percuma atau berbayar
g) Ia juga disertakan tips jika anda sememangnya tidak mahu menjalankan perniagaan tapi nak duit lebih
h) Ia disampaikan secara ringkas dan padat

Jadi, sempena Ramadhan tahun ini, selain daripada memperbanyak amalan sunat, rasanya tidak salah untuk kita mengambil peluang untuk buat duit raya.

Jom kita lihat testimonial orang yang sudah mendapatkan ebook ini:
======================================

Ebook yang akan melahirkan lebih ramai usahawan

Ebook ini sesuai untuk dibaca sekiranya€ anda baru ingin bertatih dalam bidang perniagaan samada produk fizikal atau digital. Anda hanya perlu memilih satu idea perniagaan yang dicadangkan dalam ebook ini dan mulakan.

Ebook atau buku untuk memulakan perniagaan biasanya akan mencadangkan berpuluh-puluh atau beratus-ratus idea perniagaan. Namun, kebanyakannya tiada bimbingan tentang langkah susulan yang perlu dilakukan dengan idea tersebut.

Dalam ebook ini telah menyediakan semua sekali iaitu nombor telefon, email dan alamat untuk dihubungi bagi memperoleh sumber dan barang-barang untuk diniagakan dengan harga diskaun. Hanya perlu hubungi nombor telefon dan email yang dibekalkan, berbincang dan buat jualan.

Tahniah di atas pelancarannya. Semoga lebih ramai lagi usahawan-usahawan Melayu-Islam akan wujud selepas ini.

======================================

Sekiranya anda berminat, anda boleh mendapatkan ebook ini sekarang dengan harga yang sangat berpatutan. Boleh lihat di sini:


Rasanya itu sahaja daripada saya. Jumpa lagi di lain waktu:-)

P/S: Jangan bertangguh lagi. Peluang untuk anda buat duit raya dan memulakan perniagaan sendiri telah terbuka di depan mata dengan pelaburan serendah RM20 sahaja.Klik di sini sekarang.

P/S/S: Semakin cepat anda dapatkan ebook ini, semakin besar peluang anda untuk menguasai pasaran di dalam bidang perniagaan yang anda pilih. Bertindaklah sekarang. Jika anda boleh keluar makan-makan sehingga ratusan ringgit, mengapa tidak melabur sedikit untuk mula menjana pendapatan tambahan sehingga ribuan ringgit.

P/S/S/S: Dengan hanya RM20, anda dapat senarai supplier, idea bisnes, cara mendapatkan modal, berpuluh cara promosi berkesan dan pelbagai informasi berguna lain. Harga ini sememangnya tidak masuk akal ! Jangan tunggu sehingga beliau naikkan kepada harga sebenar baru anda ingin bertindak. Klik di sini sekarang juga.

Sekian,
Ahmad Bashier
www.ahmadbashier.com

Wednesday, August 11, 2010

Sekitar Citarasa Darul Naim






p/s: Gambar time post mortem bersama Pengarah CDN (siapa lah tu kan). Hehehe.. :-)

Saturday, July 31, 2010

Citarasa Darul Naim Bakal Menjelma

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga semua berada dalam keadaan sihat selalu.
Baiklah, pada entry kali ini saya ingin mengajak seluruh mahasiswa dan mahasiswi terutamanya anak-anak Kelantan untuk datang ke Citarasa Darul Naim 2010. Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya(PMKUM) mengalu-alukan kedatangan seluruh warga UM ke gerai kami:


p/s: Insyaallah CDN kali ini akan menampilkan kelainan dari segi gerai itu sendiri kerana ianya menggunakan konsep foodcourt.

p/s/s: Doakan supaya semuanya dipermudahkan untuk CDN kali ini.

Sekian,
Ahmad Bashier

Friday, July 30, 2010

Saturday, July 24, 2010

Khas buat Anok Beranok Kelate

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga berada dalam keadaan sihat selalu dan salam cakno belako puok kito:-)

Baiklah, entry kali ini saya ingin menjemput anda semua untuk datang ke gerai promo PMKUM. Berikut merupakan maklumat-maklumat yang perlu anda tahu:

Ajaklah rakan-rakan untuk datang ke promo nanti. PMKUM milik semua~~

p/s: Saya dan pimpinan PMKUM juga akan berada di sana. Jom kita datang ramai-ramai untuk memeriahkan suasana. Ukhuwwah Fillah~~

Sekian,
Ahmad Bashier
Exco Ekonomi dan Keusahawanan
Pengarah CDN
Pengarah Bazar Ramadhan PMKUM

Jom Ramai-Ramai Datang Minggu Promo

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog yang budiman. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu program yang akan diadakan di UM. Jom lihat:


Minggu Promo ialah minggu untuk mempromosikan persatuan-persatuan mahasiswa Universiti Malaya yang berdaftar di bawah Hal Ehwal Pelajar. Sesi kali ini minggu promo akan diadakan pada 26-29 Julai 2010 bertempat di dataran Kompleks Perdana Siswa (KPS). Oleh itu, semua mahasiswa Universiti Malaya dijemput untuk sama-sama memeriahkan minggu promo.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) tidak ketinggalan untuk terlibat dalam minggu promo. Kami berbesar hati menerima anda sebagai salah seorang dari ahli keluarga besar PMIUM. Nikmati beberapa keistimewaan yang ditawarkan sebagai ahli PMIUM. Antaranya:-

- diskaun sehingga 20% di kedai Terulung Niaga (Kooperasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya)
- diskaun barangan PMIUM
- peluang menyertai pelbagai program dakwah dan tarbiah PMIUM
- peluang menyertai kelab-kelab PMIUM (kelab Sukan, kelab Fasilitator, kelab Nasyid dan Rakan Niaga PMIUM

Kami juga mengalu-alukan anda untuk sama-sama memeriahkan Booth PMIUM sepanjang minggu promo kerana pelbagai aktiviti menarik disediakan...

1.Tazkirah Pimpinan PMIUM
2. Hari bersama HEWI (Hal Ehwal Wanita)
3. Pemeriksaan kesihatan
4. Makanan Percuma
5. CD siri program-program ceramah & forum anjuran PMIUM
6.Cenderahati PMIUM
7. Hari kesenian
8. Tayangan video

dan banyak lagi yang menarik..
Jumpa kami di sana!

p/s: Ana juga akan mandaftar sebagai ahli PMIUM. Jom semua, kita rapatkan saf jemaah kita:-)

Sekian,
Ahmad Bashier

Friday, July 23, 2010

Jom Topup Ilmu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat selalu.
Baiklah pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu program pengisian ilmu yang insyaallah akan memberi manfaat kepada sesiapa yang menghadirinya. Jom lihat:

p/s: Kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya(UM)yang berkelapangan, jom kita sama-sama datang ke kuliah ilmu MEGA ini. Semoga ukhuwwah antara kita akan terus terjalin hingga akhir hayat. Insyaallah saya juga akan mengadiri sekiranya berkelapangan ;-)

p/s/s: Syabas diucapkan kepada PMIUM di bawah pimpinan YDP baru. Awal tahun ini sahaja banyak program-program ilmiah telah diadakan. Semoga momentum ini dapat dikekalkan sehingga bila-bila. Amin(^_^)v

p/s/s/s: Cuba kita renung-renungkan, bila kali terakhir kita hadir ke kuliah ilmu? Inilah peluang terbaik kita untuk mendekatkan diri kita dengan aktiviti-aktiviti bersifat keagamaaan.







Thursday, July 22, 2010

Kempen Seumur Hidup

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga semua sihat-sihat selalu ya:-)

Baiklah, pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu kempen yang sangat cantik untuk kita amalkan. Jom kita lihat mesej tersirat di sebalik poster ini:

Jadi, saya menyeru kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan untuk mengamalkan apa yang ada di dalam poster ini. Insyaallah, kalau kita mempunyai niat untuk merubah diri kita, Allah akan bantu kita. Ubahlah diri kita sedikit demi sedikit kalau tak mampu nak mengubahnya sekaligus. Jadikan pepatah hari ini lebih baik daripada semalam sebagai motivasi kepada kita semua, mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang yang beruntung dan bertuah. Rasanya setakat di sini dahulu entry pada kali ini, jumpa lagi ya.

p/s: Sekiranya anda ada blog, apa salahnya kita buatkan entry untuk mengajak orang melakukan kebaikan. Tidak perlu membincangkan isu-isu yang berat-berat sekiranya tidak mampu. Mulakan dengan isu kecil dahulu dan seterusnya baru bincang isu-isu besar(isu umat islam)

p/s/s: Sekiranya saya tersilap atau terkasar bahasa dalam menulis blog ini, betulkan saya ya. Insyaallah saya akan perbaiki. Selamat Beramal~~

Salam Ukhuwwah,
Ahmad Bashier

Mari Membaca~~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat selalu. Baiklah, pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu program yang menarik yang boleh diikuti oleh kita semua. Jom lihat:


Jadi, Sambutan Bulan Membaca dan Jualan Buku akan diadakan pada 22 hingga 24 Julai 2010 di Ruang Legar, Dewan Persidangan Kompleks Perbadanan Putrajaya. Sesiapa yang berkelapangan bolehlah pergi ke program ini.

p/s: Program ini saya peroleh melalui salah seorang rakan facebook saya. Jadi, untung kalau kita mempunyai rakan-rakan yang berkualiti kerana banyak input dan informasi yang boleh kita peroleh melalui mereka. Jumpa lagi~~

Sekian,
Ahmad Bashier
www.ahmadbashier.com