Rakan-Rakan Followers

Friday, July 30, 2010

Saturday, July 24, 2010

Khas buat Anok Beranok Kelate

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga berada dalam keadaan sihat selalu dan salam cakno belako puok kito:-)

Baiklah, entry kali ini saya ingin menjemput anda semua untuk datang ke gerai promo PMKUM. Berikut merupakan maklumat-maklumat yang perlu anda tahu:

Ajaklah rakan-rakan untuk datang ke promo nanti. PMKUM milik semua~~

p/s: Saya dan pimpinan PMKUM juga akan berada di sana. Jom kita datang ramai-ramai untuk memeriahkan suasana. Ukhuwwah Fillah~~

Sekian,
Ahmad Bashier
Exco Ekonomi dan Keusahawanan
Pengarah CDN
Pengarah Bazar Ramadhan PMKUM

Jom Ramai-Ramai Datang Minggu Promo

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog yang budiman. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu program yang akan diadakan di UM. Jom lihat:


Minggu Promo ialah minggu untuk mempromosikan persatuan-persatuan mahasiswa Universiti Malaya yang berdaftar di bawah Hal Ehwal Pelajar. Sesi kali ini minggu promo akan diadakan pada 26-29 Julai 2010 bertempat di dataran Kompleks Perdana Siswa (KPS). Oleh itu, semua mahasiswa Universiti Malaya dijemput untuk sama-sama memeriahkan minggu promo.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) tidak ketinggalan untuk terlibat dalam minggu promo. Kami berbesar hati menerima anda sebagai salah seorang dari ahli keluarga besar PMIUM. Nikmati beberapa keistimewaan yang ditawarkan sebagai ahli PMIUM. Antaranya:-

- diskaun sehingga 20% di kedai Terulung Niaga (Kooperasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya)
- diskaun barangan PMIUM
- peluang menyertai pelbagai program dakwah dan tarbiah PMIUM
- peluang menyertai kelab-kelab PMIUM (kelab Sukan, kelab Fasilitator, kelab Nasyid dan Rakan Niaga PMIUM

Kami juga mengalu-alukan anda untuk sama-sama memeriahkan Booth PMIUM sepanjang minggu promo kerana pelbagai aktiviti menarik disediakan...

1.Tazkirah Pimpinan PMIUM
2. Hari bersama HEWI (Hal Ehwal Wanita)
3. Pemeriksaan kesihatan
4. Makanan Percuma
5. CD siri program-program ceramah & forum anjuran PMIUM
6.Cenderahati PMIUM
7. Hari kesenian
8. Tayangan video

dan banyak lagi yang menarik..
Jumpa kami di sana!

p/s: Ana juga akan mandaftar sebagai ahli PMIUM. Jom semua, kita rapatkan saf jemaah kita:-)

Sekian,
Ahmad Bashier

Friday, July 23, 2010

Jom Topup Ilmu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat selalu.
Baiklah pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu program pengisian ilmu yang insyaallah akan memberi manfaat kepada sesiapa yang menghadirinya. Jom lihat:

p/s: Kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya(UM)yang berkelapangan, jom kita sama-sama datang ke kuliah ilmu MEGA ini. Semoga ukhuwwah antara kita akan terus terjalin hingga akhir hayat. Insyaallah saya juga akan mengadiri sekiranya berkelapangan ;-)

p/s/s: Syabas diucapkan kepada PMIUM di bawah pimpinan YDP baru. Awal tahun ini sahaja banyak program-program ilmiah telah diadakan. Semoga momentum ini dapat dikekalkan sehingga bila-bila. Amin(^_^)v

p/s/s/s: Cuba kita renung-renungkan, bila kali terakhir kita hadir ke kuliah ilmu? Inilah peluang terbaik kita untuk mendekatkan diri kita dengan aktiviti-aktiviti bersifat keagamaaan.







Thursday, July 22, 2010

Kempen Seumur Hidup

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga semua sihat-sihat selalu ya:-)

Baiklah, pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu kempen yang sangat cantik untuk kita amalkan. Jom kita lihat mesej tersirat di sebalik poster ini:

Jadi, saya menyeru kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan untuk mengamalkan apa yang ada di dalam poster ini. Insyaallah, kalau kita mempunyai niat untuk merubah diri kita, Allah akan bantu kita. Ubahlah diri kita sedikit demi sedikit kalau tak mampu nak mengubahnya sekaligus. Jadikan pepatah hari ini lebih baik daripada semalam sebagai motivasi kepada kita semua, mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang yang beruntung dan bertuah. Rasanya setakat di sini dahulu entry pada kali ini, jumpa lagi ya.

p/s: Sekiranya anda ada blog, apa salahnya kita buatkan entry untuk mengajak orang melakukan kebaikan. Tidak perlu membincangkan isu-isu yang berat-berat sekiranya tidak mampu. Mulakan dengan isu kecil dahulu dan seterusnya baru bincang isu-isu besar(isu umat islam)

p/s/s: Sekiranya saya tersilap atau terkasar bahasa dalam menulis blog ini, betulkan saya ya. Insyaallah saya akan perbaiki. Selamat Beramal~~

Salam Ukhuwwah,
Ahmad Bashier

Mari Membaca~~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat selalu. Baiklah, pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu program yang menarik yang boleh diikuti oleh kita semua. Jom lihat:


Jadi, Sambutan Bulan Membaca dan Jualan Buku akan diadakan pada 22 hingga 24 Julai 2010 di Ruang Legar, Dewan Persidangan Kompleks Perbadanan Putrajaya. Sesiapa yang berkelapangan bolehlah pergi ke program ini.

p/s: Program ini saya peroleh melalui salah seorang rakan facebook saya. Jadi, untung kalau kita mempunyai rakan-rakan yang berkualiti kerana banyak input dan informasi yang boleh kita peroleh melalui mereka. Jumpa lagi~~

Sekian,
Ahmad Bashier
www.ahmadbashier.com

Wednesday, July 21, 2010

Mari Berpakaian Menutup Aurat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog.
Baiklah, pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda suatu kempen yang bagus yang boleh disertai oleh semua orang rakyat Malaysia khususnya mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya.

Jom kita lihat, mesej di sebalik kempen ini:

Jadi, kempen ini walaupun nampak ringkas tetapi ianya mempunyai mesej yang tersendiri iaitu untuk memberi garis panduan berkaitan dengan tatacara berpakaian dan penampilan diri yang sesuai untuk dipatuhi oleh semua siswa dan siswi Universiti Malaya. Tahniah diucapkan kepada persatuan mahasiswa islam universiti malaya (PMIUM) di atas pelancaran kempen ini. Nasihat saya kepada diri sendiri dan rakan-rakan:

~~~Berpakaianlah mengikut cara hidup islam iaitu menutup aurat~~~

p/s: Insyaallah lepas ini akan ada banyak lagi aktiviti/program/seminar atau apa sahaja yang akan saya kongsikan di blog saya ini. Harap anda dapat mengikuti setiap program yang dianjurkan untuk tujuan pembangunan diri terutamanya kepada siswa dan siswi Universiti Malaya.

p/s/s: Orang selalu menggunakan facebook untuk buat pemasaran secara viral. Apa kata kalau kita cuba menggunakan facebook untuk buat dakwah secara viral. Cubalah~~:-)

Salam Ukhuwwah,
Ahmad Bashier
013-5902236

Tuesday, July 20, 2010

Hutang Itu Liabiliti =)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga anda semua berada di dalam keadaan yang sihat walafiat.

Insyaallah, pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan yuran pengajian. Alhamdulillah, selepas saya tidak lagi tinggal di kolej, saya hanya perlu membayar yuran pengajian sahaja(tetapi bayaran untuk rumah sewa tetap perlu dibayar, HoHoHo)

Jom kita lihat yuran pengajian saya untuk sem ini:-)

Jadi, jumlah yang tertera untuk dibayar adalah sebanyak RM915.20

Jom kita lihat, apa yang perlu saya lakukan untuk hutang ini dan akibat yang perlu saya tanggung apabila saya tidak membayar yuran ini:

===========================================
Sila ambil tindakan berikut :
(a) menjelaskan sepenuhnya hutang anda; atau

Kegagalan berbuat demikian, perkara berikut akan ditahan :
(a) keputusan peperiksaan semester
(b) pengesahan pendaftaran kursus bagi Semester Khas
(c) pendaftaran awal kursus bagi semester seterusnya
============================================

Ok, saya mempunyai tempoh sehingga bila saya tak pasti. Tapi insyaallah yuran ini akan diselesaikan dengan sebaik mungkin =)

Rasanya setakat itu sahaja, jumpa lagi di lain entry =)

p/s: Sesiapa yang berbaik hati untuk memberi sumbangan kepada saya bagi meringankan beban saya, amatlah dialu-alukan. Anda boleh berbuat demikian dengan bank in/transfer ke salah satu akaun bank saya:

Maybank: 16275903 9047
CIMB: 14330001891204
Sumbangan: Terpulang kepada anda. Sumbangan seikhlas hati =)

p/s/s: Terima kasih sebab sudi baca entry ini. Semoga kita semua berada dalam keadaan yang amat baik pada ketika ini. Amiin =)

Sekian,
Ahmad Bashier
www.ahmadbashier.com




Petronas~~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, baiklah pada kali saya cuma ingin tunjukkan kepada anda berkaitan dengan kad petronas. Jom kita lihat:

Sebenarnya, saya dah ada dah kad mesra petronas ni. Tetapi sayangnya saya tidak pernah cek pun berapa mata terkumpul di dalam kad ini walaupun selalu menggunakannya. Biasanya saya gunakan ketika mengisi petrol di stesen petronas. Rasaya itu sahaja daripada saya. Jumpa lagi ya =)

p/s: tiba-tiba teringin nak tengok jumlah mata terkumpul untuk bonuslink kad. Hohoho, rasanya bonuslink kad lebih banyak point kot =)

Sekian,
Ahmad Bashier

Friday, July 16, 2010

Sedikit Perkongsian Berkaitan Dengan PMKUM




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah pada 7 hingga 9 Mei yang lepas, saya telah berkesempatan untuk mengikuti Kursus Induksi Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya(PMKUM).

Jadi, saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan dengan beberapa perkara. Antaranya ialah;

VISI PMKUM
Menjadi Persatuan Yang Berkepimpinan Dinamik Berteraskan Perpaduan Menuju Pengantarabangsaan

MISI PMKUM
1) Perpaduan: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan ahli
2) Kepimpinan: Melahirkan generasi yang berkepimpinan
3) Kebajikan: Bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli
4) Pendidikan: Memperkasakan keintelektualan dan keilmuan dalam kalangan mahasiswa
5) Pengantarabangsaan: Mewujudkan jalinan antarabangsa untuk pembangunan mahasiswa

TEMA PMKUM
Permuafakatan Pemangkin Perpaduan

TRADEMARK PMKUM
Cakno Belako Puok Kito



Inilah kalendar dan aktiviti yang telah, sedang dan akan kami anjurkan untuk sesi kali ini:


Alhamdulillah, itulah serba sedikit maklumat berkaitan dengan visi, misi, tema dan trademark PMKUM untuk sesi ini. Insyaallah segala visi dan misi di atas direalisasikan. Mohon doa daripada semua pihak agar mendoakan perjalanan PMKUM dan persatuan-persatuan lain di UM sepanjang sesi ini dan sesi yang akan datang.

Salam Sayang Daripada Saya:
Ahmad Bashier Bin Muhammad Afifi
Exco Ekonomi dan Keusahawanan PMKUM
013-5902236