Rakan-Rakan Followers

Thursday, September 23, 2010

Jutawan Senyap??


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga semuanya berada dalam keadaan hebat-hebat belaka.

Baiklah, saya ada satu program menarik yang ingin dikongsikan kepada anda semua. Jom lihat:

p/s: Saya amat tertarik dengan tajuk seminar ini iaitu seminar jutawan senyap. Insyaallah akan menghadiri juga suatu hari nanti.
p/s/s: Sebenarnya saya sudah pun memasang angan-angan untuk menjadi jutawan pada umur 17 tahun lagi iaitu sebaik sahaja saya habis SPM. Harap saya dapat menjadi jutawan sebelum umur 25 tahun. Tidak mahu menjadi jutawan terkenal, memadailah menjadi jutawan senyap.
p/s/s: Sekiranya berminat anda boleh buka website ini: www.amalankesogehan.com

Sekian,
Ahmad Bashier
www.ahmadbashier.com



Jom pergi ke Kursus Kahwin =)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga semuanya berada dalam keadaan sihat selalu.

Saya ingin mengajak anda untuk pergi ke satu program yang cukup menarik. Jom lihat:



p/s: Saya menyambut baik inisiatif yang diambil oleh PMAPIUM ini kerana ianya betul-betul membantu mahasiswa dan mahasiswi di kampus mengisi masa dengan lebih baik. Tahniah saya ucapkan kepada jawatankuasa program. Saya sarankan agar anda pergi ke program ini kerana harganya yang berpatutan dan pastinya pengisian yang cukup-cukup menarik. (^_^)v

p/s/s: Tertarik dengan tema kursus pra perkahwinan tersebut iaitu ‘Teman Bahagia Membawa Ke Syurga’

Sekian..
Ahmad Bashier

JOM KE SEMINAR JQH APIUM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga sihat selalu.

Baiklah, entry kali ini ringkas sahaja. Jom lihat:

Berikut merupakan maklumat seminar ini:
Nama Seminar: Kemelut Peradaban Remaja Masa Kini, Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah
Tarikh: 28 dan 29 September 2010
Tempat: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)

p/s: Jom pakat-pakat datang. Penyertaan adalah percuma (^_^)v

Sekian,
Ahmad Bashier
www.ahmadbashier.com


Jom Meriahkan Rumah Terbuka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
selamat hari raya diucapkan kepada semua pembaca blog.

Baiklah, pada hari ini, saya ingin mengajak semua siswa/i Universiti Malaya untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran sahabat kita, Pro-Mahasiswa. Maklumat lanjut di bawah.
Sempena aidilfitri ini, rasanya tidak salah untuk kita sama-sama berlapang dada berjumpa dengan sahabat-sahabat siswa dan siswi yang lain. Walaupun kita berbeza pendapat dan berlainan ideologi, kita tetap sahabat, kita tetap warga Universiti Malaya(UM). Jadi, marilah sama-sama kita meriahkan lagi rumah terbuka aidilfitri ini.

p/s: Saya juga insyaallah akan menghadiri rumah terbuka aidilfitri ini sekiranya berkesempatan (^_^)v

Sekian,
Ahmad Bashier
www.ahmadbashier.com

Wednesday, September 22, 2010

Pesta Tanglung UM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga semuanya sihat selalu.

Baiklah, saya hanya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan satu program yang agak unit di Universiti Malaya.

Jom kita lihat:
p/s: Jom meriahkan:-)


Sekian,
Ahmad Bashier

Friday, August 20, 2010

14 Tips Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

PELAJAR CEMERLANG AKAN...Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri.. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a) kita ingat 10% apa yang dibaca

b) kita ingat 20% apa yang didengar

c) kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat

d) kita ingat 70% apa yang dicakapkan

e) kita ingat 90% setelah dipraktikkan

Jika anda mahu menjadi Luar Biasa Hebat apa kata ikuti panduan dibawah.

Pastikan anda:

1. Belajar secara aktif dengan pen atau pensil ditangan

2. Belajar sekurangnya 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)

3. Belajar dalam persekitaran kondusif

a) pastikan cahaya adalah terang

b) kurangkan gangguan bunyi

c) tampal poster yang mengandungi slogan yangmenaikkan semangat belajar

d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran

e) kerusi dan meja menghadap kiblat

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan

5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota,ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

6. Tahu teknik merangsang memori:

a) memasukkan maklumat dalan memori ( registration )

b) menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )

c) mengingat kembali ( recall )

d) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului

a. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru

b. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya

c. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar walaupun tak faham.

9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.Berdasarkan pemerhatian saya di Pusat tuisyen,pelajar yang cemerlang akan bersalam dengan guru sebelum pulang,manakala pelajar lemah biasanya akan terus meluru keluar kelas.Anda jenis yang bagaimana? Perkara ini nampak remeh namun impaknya amat besar.

10. Mempunyai teknik membaca yang betul

a) duduk dengan tegak & bernafas dengan betul

b) memberikan tumpuan sepenuhnya

c) menggunakan jari telunjuk untuk membaca

d) menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.Antara yang boleh dilakukan adalah sekali sekala ibu bapa cuba duduk di depan anak dan tanya apa yang dia telah baca dan minta dia ulang atau terangkan.Mampu lakukan begitu?

12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan

13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.Jika anda terlalu letih ,tak perlulah memaksa atau menyindirnya pula.

14. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan dirinya( study according to your biologicl clock).


Sumber:

http://www.facebook.com/notes/nor-azlina-nordin/14-tips-untuk-menjadi-pelajar-cemerlang/149328501753427

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan di Palestin


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga semua nya dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran.

Baiklah, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda program untuk malam ini. Jom kita lihat:

Kepada mahasiswa dan mahasiswi di sekitar lembah klang yang free, jom kita hadir ke majlis ilmu ini. Jumpa anda di sana ya:-)

Sekian,
Ahli PMIUM

Wednesday, August 18, 2010

Aktiviti Hari Ini



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga semua berada dalam keadaan sihat.

Saya cuma ingin berkongsi dengan anda, aktiviti saya pada hari ini iaitu aktiviti membayar bill:-)

Ok, jom kita lihat:

Aktiviti pertama: Selepas bersahur, saya membayar sewa rumah sebanyak RM140 seorang. (^_^)v

Aktiviti kedua: Membayar invoice di NetKL.com

Bukti:
Aktiviti ketiga: Membayar bil P1 Wimax.

Bukti:

Jadi, jom kita lihat wang keluar pada hari ini:

Sewa Rumah Bulanan: RM140
Sewa Hosting NetKL.Com: RM11.70
Broadband P1 Wimax: RM98

Jumlah: RM249.70

p/s: Inilah kehidupan mahasiwa yang bekerjaya. Harap-harap lepas ni semakin banyak duit masuk.
p/s/s: Rezeki di muka bumi Allah ini sangat banyak. Tinggal kita sahaja untuk berusaha mengambilnya.
p/s/s/s: Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki. Urus kewangan dengan baik!!(^_^)v

Sekian,
Ahmad Bashier

Ceramah Perdana Ramadhan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu makna dalam diri kita.

Baiklah, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan satu event yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM). Jom kita lihat maklumat selanjutnya:

Untuk pengetahuan semua, penceramah jemputan kita ialah Dr. Jamnul Azhar Mulkan. Beliau merupakan seorang doktor perubatan AL-AZHAR & pendakwah aktif yg popular di utara & KL. Semua mahasiswa/i dijemput hadir untuk sama-sama kita menambahkn ILMU di madrasah Ramadhan ini.

p/s: kepada mahasiswa/i yangg berjalan kaki, sediakan payung sebelum hujan ya~PMIUM bersama SEMUA~=)

Sekian,
Ahli PMIUM

Grand Speaker Corner

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua sihat-sihat sahaja ya.

Baiklah, pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu event yang cukup membuatkan kita semua semangat untuk datang. Berikut merupakan butiran program tersebut:

Saya berharap agar tidak ada mana-mana pihak yang cuba untuk kacau Grand Speaker Corner ini. Tahniah kepada pihak penganjur kerana berani untuk membuat program seperti ini. Kepada semua mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya, ayuh kita turun untuk ramai-ramai melihat, menghayati dan menganalisis ucapan daripada pemimpin-pemimpin kita ini.

Sekian,
Mahasiswa Universiti Malaya (UM) (^_^)v