Rakan-Rakan Followers

Thursday, October 23, 2014

Aktivity 2013 dan 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Apa khabar semua? Lama tak dengar cerita. Lama juga blog ini tidak diupdate. Maaflah lama saya menghilangkan diri.

Mesti ramai yang ingin tahu perkembangan semasa saya kan?

Ok, tanpa melengahkan masa, jom teruskan bacaan anda.

Ada beberapa peristiwa yang menarik yang terjadi pada saya dari 2013 hinggalah 2014 (sekarang ni le). Antaranya ialah:

1) Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM)

Alhamdulillah, tanggal 14 Oktober 2014 saya bergraduasi dengan jayanya. Kini, saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Malaya (UM).

Berikut merupakan gambar-gambar menarik untuk tatapan anda semua:

Gambar ketika menerima skrol di atas pentas.

Bergambar kenangan bersama Dekan FPP UM,Prof Nazari Ismail.

Bergambar di FPP UM

2) Kerjaya Sebagai Auditor

Sedar tak sedar, dah setahun saya berada di firma audit, Khairuddin, Hasyudeen & Razi (KHR). Saya bermula sebagai pelajar praktikal dari awal bulan September 2013 hinggalah pertengahan bulan Februari 2014. Kemudian, saya diterima masuk ke dalam firma ini pada bulan Mac 2014. Jawatan saya sekarang adalah Audit Associate. Status saya sekarang adalah masih bekerja di firma audit ini sehinggalah sekarang.

Alhamdulillah, banyak yang saya belajar di firma audit ini sepanjang saya berada di sini. Berikut merupakan serba sedikit kenangan saya bersama KHRians dari awal saya masuk sehinggalah sekarang:

Picture with KHR At IAFG Championship 2013.

Office Trip At Pulau Redang, Terengganu (2013).

Office Trip At Impiana Resort Cherating, Pahang (2014).

3) Perkembangan ACCA




Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, saya sudah lulus 2 paper professional iaitu P1 Governance, Risk and Ethics and P3 Business Analysis. Kepada semua kawan-kawan, doakan saya  untuk lulus paper yang selebihnya ya. Sekarang saya sedang ambil P2 Corporate Reporting. Saya mohon doa dari kawan-kawan sekalian untuk doakan saya lulus paper tersebut pada December tahun ini.

Ini pula gambar saya dan kawan-kawan ACCA saya:

Bersama dengan Mr. Goh, lecturer P1 saya.

Bersama dengan Mr. Jack Wong, lecturer P3 saya.

Thank you to both of you because teach me ACCA P1 and P3 and I pass both of this paper.

4) Percutian Ke Guangzhou Bersama Famili

Setelah penat bekerja dan belajar, akhirnya kami sekeluarga memutuskan untuk bercuti ke Guangzhou, China pada Ogos 2013 yang lalu. Percutian yang sungguh menyeronokkan. Terima kasih buat papa, umi dan semua adik beradik di atas memori yang indah ini.

Antara gambar di sana:

Gambar sewaktu tiba di Baiyun International Airport.

Gambar pada waktu malam di Guangzhou, China.

5) Aktiviti Bersama Sahabat

Akhir sekali, saya juga ingin berkongsi dengan anda gambar saya dengan sahabat-sahabat saya. Banyak aktiviti yang kami lakukan bersama-sama. Bak kata orang putih 'FRIENDSHIP'.

Jom kita tengok gambar di bawah:

Panjat Broga Bersama Al-Farians (SMKS4 KD)

Riadah Bersama Hawariyyun (PMIUM)

Hiking Bersama Kawan-Kawan FPP UM

Ok, itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Insyaallah akan berkongsi lagi perkembangan saya dari semasa ke semasa untuk post post akan datang. Akhir kata, doakan saya terus berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Sekian,

Bakal Blogger Terkenal,
Bro Ahmad Bashier (Bocey)
Pantai Dalam
23.10.2014
1.14AM

Friday, February 1, 2013

Promosi Khas Untuk Anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga berada dalam keadaan yang sihat selalu.

Baiklah, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu tawaran khas untuk anda iaitu tawaran untuk buat website atau minisite.

Jika anda berminat, anda boleh SMS pada saya di talian 013-5902236 untuk mendapatkan harga promosi. Harga promosi yang kami tawarkan adalah RM250 sahaja.

Di bawah ini merupakan harga sebenar perkhidmatan kami sebelum ini:


Namun, untuk promosi sempena hari raya cina ini, kami hanya menawarkan RM250 sahaja untuk tawaran membuat website ataupun minisite.

Di bawah pula merupakan portfolio website / minisite kami:





Jadi, sekali lagi saya ingatkan. Jika berminat, boleh terus tempah website dan sms saya di talian 013-5902236 (AHMAD).

Salam Kejayaan,
Ahmad Bashier

Monday, January 28, 2013

Seminar Berani 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat selalu.

Baiklah teman-teman, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan pengalaman saya menyertai Seminar Berani 2013 anjuran Richworks International Sdn Bhd. Seminar ini diadakan di Wisma MCA pada 26 Januari 2013 yang lalu. Seminar ini adalah PERCUMA dan ia bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengah hari.

Banyak yang saya pelajari dalam tempoh yang singkat. Antaranya ialah:

a) Prinsip PERTAMA yang diajar oleh Dr Azizan Osman adalah 'The Power Of Gratitude" atau dalam bahasa melayunya adalah "Kuasa Bersyukur".
b) Kuasa ILMU dari PENGALAMAN
c) Kenapa kita buat bisnes? Sebab nya mudah: buat bisnes untuk cari masalah orang dan selesaikan masalah orang.
d) Sebagai seorang islam, kita mesti MENDERMA. Contoh mudah: derma ketika solat jumaat di Masjid, derma di rumah kebajikan.
e) Kena cari MENTOR, ILMU, SISTEM.
f) Perlu mempunyai IMPIAN BESAR - Mesti set MATLAMAT untuk 10 tahun akan datang.
g) Ayat yang paling best "Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain". *Tak silap saya, ni adalah antara hadith yang termasuk dalam HADITH 40 Imam Nawawi.
h) Prinsip KEDUA yang diajar oleh Dr Azizan Osman adalah "Senyum" atau "Smile".
i) Dr Azizan Osman juga ajarkan kami ayat ini " Apa yang kita FIKIR, Apa yang kita CAKAP, Apa yang kita BUAT, Apa yang kita RASA , Itu semua adalah DOA."
j) Ayat lain ketika seminar tersebut adalah " Orang BERJAYA adalah mereka yang memulakan dan buat SAMPAI HABIS."
k) Sebaliknya, "Orang TAK BERJAYA adalah mereka yang mula tapi TAK HABIS"
l) Seterusnya "Orang BERJAYA kita FOKUS sampai jadi LUAR BIASA"
m) Sambungannya "Orang BERJAYA kita FOKUS satu benda SAMPAI HABIS"
n) Seterusnya " Orang TAK BERJAYA mereka buat pelbagai benda tapi TAK HABIS-HABIS"
o) 3 Kunci Penting:

  • SPEED = KELAJUAN, bermaksud "FAST ACTION = FAST RESULT",  
  • Mudahkan Sistem Yang Ada,
  • Menyenangkan Proses (Simplify)


Kemudian, Dr Azizan Osman juga menjemput beberapa orang anak muridnya untuk berkongsi kejayaan mereka dalam bisnes tanpa modal. Mereka dijemput semasa sesi Sharing Inspiring. Antara yang dijemput adalah:
1) Cikgu Iz - Agen Meehun Sufi : Memulakan bisnes Meehun tanpa modal. Berbisnes sambil bekerja sebagai seorang pendidik.
2) Hakim - Usahawan Madu: Dulu merupakan Driver Dr Azizan. Sejak terlibat dengan bisnes, jualan beliau melonjak tinggi. Kini beliau mempunyai Ofis, Toyota Hilux dan bakal pergi Umrah.
3) Mukhriz - Photographer: Kepakaran beliau adalah menghasilkan gambar yang cantik. Untuk pengetahuan, beliau dahulunya merupakan seorang ENGINEER dan sekarang sudahpun berhenti kerja. 2 Perkara yang impian beliau bakal tercapai adalah pertamanya beliau ingin pergi umrah. Keduanya adalah beliau ingin memiliki production beliau sendiri.
4) Sheila Khan - Usahawan Home Made Italian Food Delivery: Beliau ni dulu kerja kat 7Eleven je dan dulu start berbisnes secara kecil-kecilan di rumah. Kini, bisnes beliau semakin besar. Apa yang beliau kongsikan adalah HATI perlu BERANI jika betul-betul mahu BERBISNES.
5) Shafiiee - Usahawan Pengangkutan Awam : Beliau dulunya dikenali sebagai Afiez Gagap. Tapi siapa sangka, di sebalik kekurangan beliau, kini beliau berjaya dalam bidang yang diceburi. Prinsip beliau adalah kita kena TULIS apa yang kita FIKIRKAN.
6) Rasyiee - Usahawan Pakaian Kanak-Kanak : Usahawan ini bermula bisnesnya secara kecil-kecilan di rumahnya. Walaupun sekarang beliau masih bekerja, bisnes beliau tetap berjalan seperti biasa. Prinsip beliau adalah MATLAMAT PERLU JELAS.
7) Umar Ruslan - Usahawan Kacang: Kepakaran usahawan ini adalah menyediakan kacang yang membuatkan anda rasa nak lagi bila makan kacang tersebut. Beliau namakan kacang beliau sebagai CRAZY NUTS. Impian beliau adalah untuk menyediakan satu produk makanan yang HALAL kepada rakyat Malaysia.
8) Syazuina - Usahawan Kacang : Kepakaran beliau adalah menyelamatkan kewangan syarikat anda. Beliau juga menceritakan kepada audien bahawa selepas pergi ke program Dr Azizan, hubungan beliau dengan bakal suaminya juga bertambah baik, maksud di sini keserasian semakin utuh. Satu perkara menarik yang beliau kongsikan adalah jangan bergaduh, nanti DUIT SUSAH NAK MASUK atau berlakunya KEBOCORAN WANG. (Please Take Note Ya ) :-)
9) Zeel - Usahawan Bunga a.k.a Florist: Kepakaran beliau adalah mengubah bunga di majlis-majlis yang sektor korporat anjurkan. Antara rezeki yang syarikat beliau dapat adalah supply bunga di KLCC dan juga di hotel-hotel sekitar KL. Beliau berkongsi sesuatu yang menarik iaitu banyak sangat nikmat yang ALLAH berikan kepada beliau. Rahsia beliau adalah pertamanya, kena YAKIN dan PRAKTIS. Keduanya adalah "You Need To Change First".
10) Zafelin - Usahawan Katering: Beliau memiliki syarikat yang bernama Ceruk Kampung Sdn Bhd. Kepakaran beliau adalah menyediakan majlis yang sempurna. Apa yang menarik yang dikongsi oleh beliau adalah JADIKAN HINA ITU KEKUATAN UNTUK BERJAYA.
11) Chef Farah : Saya tak pasti apa bisnes yang beliau buat. Tapi saya rasa perkongsian beliau yang paling menyentuh hati. Sebelum ini beliau berbisnes tapi bisnes beliau kejap untung banyak yang rugi. Kemudian, selepas pergi ke program Dr Azizan Osman, beliau perasan yang hubungan beliau dengan suami beliau kurang baik. Jadi, beliau tekankan di sini 2 perkara: pentingnya RESTU DARIPADA SUAMI dan pentingnya CONNECTION DENGAN ALLAH. Dalam erti kata lain, kita perlulah BERSYUKUR dengan apa yang kita ada. Alhamdulillah, kini hubungan beliau dengan suami beliau semakin erat, dan suami banyak bagi sokongan untuk beliau berbisnes.
12) CEO Hanif Food : Beliau mempunyai produk yang dinamakan Anies Chocolate Moise. Kini produk tersebut boleh didapati di seluruh stesen mintak PETRONAS. Beliau juga merupakan anak murid Dr Azizan Osman. Beliau hadir dalam satu program berbayar yang dinamakan Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK). Bagi beliau, IMKK adalah program permbersihan JIWA. Kerana kuncinya adalah HATI kita. Ada 3 perkara yang penting dan bernilai iaitu: The Power Of Mind, The Power Of Emotion, The Power Of Gratittude. Beliau juga berkongsi 3 tips yang mudah untuk menjadikan bisnes kita HURU HARA iaitu DAPAT, FAHAM dan PRAKTIK.
13) Rina Shahar: Usahawan Mainan Boboiboy : Beliau terlibat dengan bisnes ini apabila beliau mendapati ada kesukaran untuk beliau mendapatkan mainan jenama Boboiboy buat anaknya. Jadi, beliau nampak masalah tersebut sebagai peluang. Antara prinsip beliau yang lain adalah kena sentiada ADA PEN dan PAPER. Ini kerana itulah 2 barang yang penting untuk kita tulis IDEA yang datang MENCURAH-CURAH.
14) Yazra : Pengarah Pemasaran Hana Gold: Beliau menceritakan pengalaman beliau menyertai program IMKK. Beliau berkongsi ketika beliau attend IMKK, beliau kosongkan segala yang ada di minda beliau dan belajar satu per satu apa yang Dr Azizan cakap tanpa banyak tanya. Satu lagi, beliau kongsikan MEMAAFKAN seseorang atau MEREDHAKAN perbuatan seseorang itu memberi kita satu ENERGY baru walaupun ianya sangatlah susah untuk dilakukan. Beliau kini terlibat dalam Peruncitan Emas Moden (Syariah Compliance). Salah seorang panel adalah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR). Hana Gold juga kini mempunyai 16 Galeri Emas. Woaw :-)

Sepanjang sesi sharing inspiring ini, ada yang menangis kerana ada dalam kalangan mereka yang berkongsi bercakap melalui hati mereka sendiri. Alhamdulillah, banyak perkara yang saya dapat belajar daripada mereka ini. Untuk pengetahuan, setiap seorang daripada mereka hanya diberi masa 1minit sahaja untuk berucap di hadapan. Dasyat bukan? :-)

Ok, kemudian Dr Azizan sambung pula dengan kisah beliau berguru dengan  Bob Procter. Dr Azizan juga menceritakan bagaimana mahu menetapkan matlamat. Antara caranya adalah dengan POS matlamat kita tu ke alamat rumah kita. Antara ayat-ayat power Dr Azizan adalah "Kalau dah jadi MULTIMILLIONAIRE, berapa ramai yang you dah bantu untuk jadi JUTAWAN?" . Pesanan beliau yang lain adalah "Jangan Simpan Duit Jika Tiada Return". Seterusnya beliau juga berpesan "SEDEKAH ADALAH PENCUCI KOLAM". Haha, pandai-pandailah tafsir sendiri ya kata-kata Dr Azizan tu. Mendalam maksudnya. :-)

Ok, sebelum berakhir SEMINAR BERANI 2013 tersebut, Dr Azizan juga mengajar peserta program yang hadir untuk sama-sama menetapkan matlamat untuk 10 tahun dari sekarang. Ada 7 soalan yang dilontarkan beliau:

1) 10 tahun dari sekarang, apa pencapaian anda dari segi kewangan?
2) Bagaimana kehidupan anda dari segi material? Contoh: Kereta, Rumah.
3) Bagaimana hubungan anda dengan keluarga dan sanak-saudara?
4) Bagaimana hubungan anda dengan Allah?
5) Apa manfaat anda kepada orang ramai?
6) Apa impian anda?
7) Siapa yang anda paling sayang dalam hidup anda? Sebutkan 3 nama?

Ok, jadi kami semua kena jawab soalan-soalan tersebut dalam Workbook yang telah diberikan. Dr Azizan juga menyarankan kami untuk TULIS matlamat kami dalam POSKAD yang diberikan dan POSKAN matlamat tersebut ke rumah. Insyaallah THE MAGIC OF DREAMS akan berlaku. Tak percaya cubalah. :-)

Rasanya itu sahaja perkongsian dari saya. Saya mintak maaf jika apa yang saya cuba sampaikan tidak jelas. Saya blogger baru belajar. Segala yang baik itu datangnya daripada ALLAH , yang buruk itu datangnya daripada KELEMAHAN dan KEKURANGAN DIRI SENDIRI.

Salam Kejayaan Dari Saya,
Ahmad Bashier
Peserta Seminar Berani 2013



Wednesday, January 16, 2013

Road To Be Chartered Accountant

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu.

Lama juga ye saya tidak update blog saya ni? Alhamdulillah, hari ni saya diberi peluang untuk update lagi blog saya ini. Insyaallah saya akan ceritakan serba sedikit pengalaman saya untuk menjadi Chartered Accountant (CA) suatu hari nanti.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, saya baru sahaja selesai menduduki kertas P1 ACCA pada 12.12.2012 yang lepas. Saya harap rakan-rakan dapat mendoakan kejayaan saya untuk paper tersebut.

Ok, berbalik kepada impian saya untuk menjadi Chartered Accountant, kini peluang tersebut terbuka luas kepada saya. Terima kasih kepada kedua-dua orang tua saya, papa dan umi kerana mendoakan anakmu ini. Dengan izin Allah, pada tahun 2012 saya berjaya mendapat tempat untuk menjadi salah seorang pelajar yang berjaya sambung study dalam ACCA. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.



Kini, tinggal 4 paper lagi untuk saya habiskan untuk ACCA ini. Saya berharap sangat agar saya dapat lulus semua paper ini dengan sekali ambil sahaja. Untuk tahun 2013, saya kongsikan study plan saya:

January 2013 - June 2013: Kelas ACCA P3 saya berlangsung
February 2013 - June 2013: Coursework untuk degree saya berlangsung. (saya masih lagi berbaki beberapa paper degree untuk dihabiskan)
June 2013: Exam P3 ACCA, Exam Coursework Bachelor Of Accountancy (BACC).
Julai 2013 - Ogos 2013: Summer Camp (Saya berharap agar saya dapat pergi ke Summer Camp yang best)
September 2013: Internship bermula di audit firm (berdekatan dengan KL, nama audit firm dirahsiakan)
Disember 2013: Exam untuk paper ACCA saya yang seterusnya. Mungkin P2.

Itu sahaja study plan saya,. Saya mahu menjadikan tahun 2013 adalah tahun saya untuk mencipta kecemerlangan dalam akademik. Saya mahu hadiahkan kejayaan saya dalam akademik kepada ibu bapa saya. Itu impian saya. Insyaallah jika tiada aral melintang 2014 saya akan grad degree + ACCA sekaligus. Doakan saya ye teman-teman. Saya dengan rendah diri memohon doa daripada pengunjung blog ini.

Itu sahaja daripada saya. Saya kini baru selesai habis exam untuk Sem 7. Alhamdulillah, saya dapat menjawab semua soalan dan carry mark untuk sem ini akan tinggi. Dengan izin Allah, saya akan mendapat result yang terbaik untuk sem ini. Amiin :)

Itu sahaja daripada saya, jika ada masa, saya akan update lagi blog ini. :-)

Jumpa kita di puncak kejayaan.

p/s: Salah satu produk saya yang masih terjual: www.panduanperakaunan.com

Sekian,
Ahmad Bashier
Bakal Akauntan Bertauliah

Tuesday, June 14, 2011

KL Gangster raih RM6.2 juta

FILEM tempatan sudah ada penontonnya tersendiri walaupun dengan kemasukan filem daripada luar negara.

Kali ini dibuktikan dengan filem penuh aksi terbitan Skop Production Sdn Bhd, KL Gangster yang meraih kutipan menakjubkan sehingga RM6.2 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan, bermula 9 Jun sekali gus melakar sejarah tersendiri.

Biarpun bersaing dengan beberapa filem blockbuster Hollywood seperti Kung Fu Panda 2, X-Men: First Class dan Super 8, buah tangan Syamsul Yusof itu nyata punyai tarikan sendiri.

Syamsul berkata, dia tidak menyangka sambutan luar biasa diberikan penonton walau pada masa yang sama berhadapan dengan dakwaan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) berhubung pendedahan kod rahsia.

“Memang saya tidak menafikan, sedikit sebanyak isu itu menarik penonton ke pawagam untuk mengetahui apa yang digembar-gemburkan. Tetapi sebenar sebelum isu itu timbul lagi sambutannya cukup menakjubkan pada hari pertama tayangan apabila meraih kutipan RM1.5 juta.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana dari hari pertama hingga hari ini (semalam) sambutan filem ini masih lagi mencipta sejarah untuk penerbitan filem Melayu dari syarikat Melayu sendiri,” katanya yang dihubungi Hip semalam.

Sebagai pengarah muda yang berjaya, Syamsul menyatakan bukanlah haknya untuk bercerita mengenai kutipan tiket, malah lebih bersemangat bercerita mengenai kehendak penonton masa kini.

“Sebenarnya jika hendak ikutkan, saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita mengenai kutipan tiket, ia adalah hak produser iaitu ayah saya sendiri.

“Secara peribadi pada pengamatan saya, hari ini saya melihat ramai produser filem seolah lebih mengejarkan kepada kutipan tiket dan rekod baru yang ingin dicipta.

“Saya sebenarnya tidak begitu selesa apabila orang mengajukan mengenai rekod yang hendak dicipta melalui filem arahan saya. Kalau boleh saya lebih suka memikirkan apa lagi yang dimahukan penonton kita hari ini dan melihat kualiti produk kita mampu atau tidak menyamai filem Hollywood,” katanya lagi.

Selain Syamsul, KL Gangster turut dibantu sepupunya, Rizal Ashraf, selain bapanya sendiri, Datuk Yusof Haslam turut menyumbangkan idea. Ia menampilkan Aaron Aziz selaku watak utama, Syamsul sendiri, Adi Putra, Zul Huzaimy, Sheera Iskandar, Wan Maimunah dan Ridzuan Hashim.

Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh : 7 Mangsa Dikebumikan Satu Liang Lahad

http://www.bharian.com.my/bharian/PixFront/jenazah.jpg

Hulu Langat, 22.5 : Suasana sayu menyelubungi sekitar Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah Batu 14 bagi menunaikan solat jenazah sebelum dikebumikan selepas Zohor.

Kesemua tujuh jenazah kanak-kanak mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Malaysia Madrasah Al-Taqwa di Batu14, Hulu Langat, akan dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan orang IslamDusun Naning pada pukul 2 petang ini.

Terdahulu lima mayat kanak-kanak iaitu Mohd Azret Azahari, 8; Mohd Zaid Azahari, 14; Mohd Imal Fahad, 9; Mohd Mustakim Mamat, 12 dan Wan Ahmad Hasrim Hazim, 11 sampai di masjid sekitar pukul 10.45 pagi.

Sementara dua lagi mayat terakhir iaitu Dzahir Haziq, 11 dan Mohd Hazim Sapri, 10 selamat
sampai di masjid pada pukul 11.05 pagi.

Pembantu rumah anak-anak yatim berkenaan, Yazid Ishak ketika ditemui berkata baki sembilan lagi mayat yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh telah dituntut oleh waris masing-masing untuk diurus dan dikebumikan.

“Di sini kita akan solat dan kebumikan tujuh jenazah secara bersama…jenazah-jenazah lain sudahpun dituntut waris mereka,” katanya.

Hingga berita ini ditulis, waris tujuh mangsa berkenaan diberi pelung terakhir untuk melihat jenazah sebelum ditutup untuk disolat dan dikebumikan.

Kira-kira 500 orang awam termasuk waris mangsa berada di sekitar kawasan masjid.

Sumber : BERNAMA

p/s: Marilah kita hadiahkan Al-Fatihah buat teman-teman kita. Al-Fatihah~~

Tuesday, May 17, 2011

Mari Mengenali Sultan Muhammad Al-Fatih


Siapa Sultan Muhammad Al-Fatih?

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

"Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera"

Kelebihan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah

Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah:

"Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

Jasa dan sumbangan

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

Jadi sahabat-sahabat, cuba kita renungkan kembali, apa yang sudah kita lakukan demi islam? Tatkala Sultan Muhammad Al-Fatih sudah menakluki kota Constantinople pada usia 21 tahun, apa yang kita sudah buat untuk islam pada usia kita sekarang ini? Saya tinggalkan persoalan ini untuk kita sama-sama muhasabah diri demi keizzahan islam.

Jumpa lagi di lain entry. Terima kasih kerana membaca sehingga ke saat ini.

Sekian,
Ahmad Bashier
Bendahari PMIUM